Search This Blog
Wednesday, June 2, 2010
PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN ENAM (UPSR) 2010
Pada 31hb Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan satu program motivasi keibubapaan untuk pelajar UPSR 2010. Program ini berlangsung pada jam 2.00 ptg.
Mereka yang terlibat dalam program ini ialah semua pelajar tahun enam dan ibubapa.
Motif program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan ibubapa tentang pentingnya keyakinan diri dalam mencapai kejayaan. Ia juga untuk menanamkan sikap menghargai dan menhormati masa dan orang lain.
Pelajar harus menyedari bahawa terpikulnya harapan ibubapa di bahu mereka yang bergelar "anak" dan mereka perlu melahirkan modal insan yang berketerampilan dan berummah muslim.
Kecemerlangan pendidikan harus diberi penekanan oleh semua pihak dan peringkat. Kejayaan di peringkat sekolah rendah harus bermula dari peringkat pra sekolah dan kejayaan sekolah menengah bermula di peringkat sekolah rendah.
Jesteru itu, tiupan semangat (motivasi) amat perlu untuk menzahirkan keyakinan diri sebelum dan semasa menghadapi UPSR, agar sinar kejayaan digapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment