Pada 28 Mac 2010, Pegawai perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah mengadakan satu pemantauan perhimpunan di Sekolah Kebangsaan Gunong.
Pemantauan ini berlangsung seawal 7.30 pagi di mana murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan seperti biasa.
Pemantauan ini di jalankan adalah untuk melihat bagaimana pihak Sekolah Kebangsaan Gunong mengendalikan perhimpunan pagi setiap minggu.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jailani Abdul Syukor di atas lawatan yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment