Pada 11 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis ini diadakan seawal 7.40 pagi di mana murid-murid tahap 1 berkumpul di tapak perhimpunan manakala murid tahap 2 berkumpul di dalam dewan sekolah.
Di dalam sambutan ini, pelbagai acara telah dijalankan. Antaranya ialah Bercerita Tentang Kisah Nabi Muhammad S.A.W bagi tahap satu yang disampaikan oleh Ustaz Idris B Seman, Pertandingan Selawat Nabi bagi murid tahap 2, Pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan Ceramah bagi tahap 2 yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuddin B Ibrahim, Penolong Pengarah Pegurusan Pengembangan Syiar Islam JPN Kelantan.
Bagi Pertandingan Selawat Nabi tahap 2, pemenang pertandingan telah dipecahkan kepada 3 peringkat iaitu TAhun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Untuk tahun 4, juara jatuh kepada kelas 4B, Naib juara jatuh kepada 4G dan tempat ke-3 jatuh kepada 4C. Manakala bagi tahun 5,juara jatuh kepada kelas 5B, Naib juara jatuh kepada 5C dan tempat ke-3 jatuh kepada 5G. Dan akhir sekali untuk tahun 6,juara jatuh kepada kelas 6B, Naib juara jatuh kepada 6C dan tempat ke-3 jatuh kepada 6G.
Pihak sekolah telah mengadakan jamuan dengan menyembelihkan seekor lembu. Segala persiapan jamuan telah dilakukan oleh semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Gunong.