Search This Blog

Monday, August 23, 2010

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA 2010



Pada 22hb Ogos 2010, bertempat di Makmal Komputer 2 Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan satu pertandingan mencipta kad raya 2010. Program ini telah dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet dengan kerjasama Unit ICT Sekolah Kebangsaan Gunong.Ianya terbuka kepada pelajar tahun 5. Ianya berlangsung selama seminggu iaitu dari 22hb Ogos 2010 sehingga 30hb Ogos 2010.




Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas teknologi maklumat di mana pelajar akan diberi peluang untuk menghasilkan sekeping kad dengan menggunakan peralatan ICT dan boleh mengaplikasikan ilmu asas Perkomputeran yang telah diajar dalam kelas ICTL.Selain daripada itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang teknologi maklumat.


No comments: