Search This Blog

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010



Pada 11hb Julai 2010, telah berlangsungnya majlis sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah.Satu ceramah agama mengenai Isra' Mikraj diadakan yang mana penceramahnya ialah Pn Rosnani bt Mohamad, Penolong Pengarah Kepimpinan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.



Di dalam ceramah ini, beliau menerangkan maksud Isra'Mikraj. Isra' bermaksud perjalanan nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Masjid Al Aqsa di Baitul MAqdis pada malam hari. manakala Mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis ( dari alam bumi ) ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha malam hari.

Matlamat ceramah ini disampaikan ialah memberi kefahaman yang jitu kepada murid tentang peristiwa isra' dan mikraj dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Ia juga adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah dalam memperingati peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam.

No comments: