Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

PENYAMPAIAN SAGUHATI KEPADA PELAJAR 5A's DALAM PERCUBAAN UPSR 2010

29hb Ogos 2010,bertempat di Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Gunong, telah berlangsungnya majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar yang memperolehi 5A's di dalam Ujian Percubaan UPSR 2010.




Monday, August 23, 2010

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA 2010



Pada 22hb Ogos 2010, bertempat di Makmal Komputer 2 Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan satu pertandingan mencipta kad raya 2010. Program ini telah dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet dengan kerjasama Unit ICT Sekolah Kebangsaan Gunong.Ianya terbuka kepada pelajar tahun 5. Ianya berlangsung selama seminggu iaitu dari 22hb Ogos 2010 sehingga 30hb Ogos 2010.




Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas teknologi maklumat di mana pelajar akan diberi peluang untuk menghasilkan sekeping kad dengan menggunakan peralatan ICT dan boleh mengaplikasikan ilmu asas Perkomputeran yang telah diajar dalam kelas ICTL.Selain daripada itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang teknologi maklumat.


Saturday, August 14, 2010

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN ENAM (UPSR) 2010




Pada 09hb Ogos 2010,bertempat di Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Gunong yang lepas, telah berlangsungnya Program motivasi Keibubapaan Murid Tahun Enam (UPSR) 2010.

Pihak sekolah telah menjemput Pn Siti Zainun Bt Mat, Penolong Pegawai Daerah PPD Bachok unit Pembangunan Kemanusiaan sebagai penceramah Motivasi.



Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibubapa tentang pentingnya keyakinan diri dalam mencapai kejayaan.



Ia juga adalah untuk menanam sikap menghargai dan menghormati masa dan orang lain. disamping itu, ia dapat menyedari diri bahawa terpikulnya harapan ibubapa di bahu mereka bergelar "anak".


Sunday, August 1, 2010

JADUAL UPSR 2010

HARI PERTAMA


HARI KE-2


HARI KE-3

MAJLIS PENGAGIHAN WANG KWAMP KEPADA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG

2hb Ogos 2010, bertempat di makmal komputer 1, telah berlangsungnya majlis pengagihan wang KWAP kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gunong yang layak untuk menerimanya.

Dalam majlis ini, pihak sekolah telah menjemput dua orang wakil daripada Agro Bank untuk memudahkan murid-murid berurusan dengan pihak bank dalam proses pengeluaran wang KWAMP.