Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

MAJLIS ANUGERAH BINTANG 5 A's UPSR 2010

1hb Ogos 2010, bertempat di medan perhimpunan Sekolah Kebangsaan Gunong, telah berlangsungnya majlis anugerah bintang 5A's UPSR 2010.
Anugerah ini telah disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Gunong, PN Hjh Anishah binti Che Ab. Rahman.












MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG UNTUK BULAN OGOS 2010

Pada 1hb ogos 2010, telah berlangsungnya majlis penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos.





















Semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur kalian semua.. AMIN

Wednesday, July 21, 2010

Markah Ujian Zonpen3 Sains 6C



markah ujian Zonpen3 untuk kelas sains 6C

Tuesday, July 13, 2010

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN ENAM POTENSI 5A UPSR 2010



Pada 14hb Julai 2010, Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan satu perjumpaan dengan ibubapa pelajar tahun enam yang berpotensi 5A dalam UPSR 2010.Perjumpaan ini berlangsung pada jam 9.00pg di Makmal komputer 1.



Dalam perjumpaan ini,ia adalah untuk memastikan kelebihan dan kelemahan setiap calon berdasarkan ujian semasa dan memupuk kerjasama antara guru dengan ibubapa untuk memastikan segla kelemahan calon dapat diatasi dan diberi perhatian oleh ibubapa.





Kecemerlangan pendidikan harus diberi penekanan oleh semua pihak dari peringkat pra sekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi bagi melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010



Pada 11hb Julai 2010, telah berlangsungnya majlis sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah.Satu ceramah agama mengenai Isra' Mikraj diadakan yang mana penceramahnya ialah Pn Rosnani bt Mohamad, Penolong Pengarah Kepimpinan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.



Di dalam ceramah ini, beliau menerangkan maksud Isra'Mikraj. Isra' bermaksud perjalanan nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Masjid Al Aqsa di Baitul MAqdis pada malam hari. manakala Mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis ( dari alam bumi ) ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha malam hari.

Matlamat ceramah ini disampaikan ialah memberi kefahaman yang jitu kepada murid tentang peristiwa isra' dan mikraj dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Ia juga adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah dalam memperingati peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam.

Monday, July 5, 2010

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN TUAN HAJI ZAHARI BIN DAUD



Pada 1hb Julai 2010, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Gunong.

Dalam lawatan ini, beliau menekankan tentang pencapaian akedemik para pelajar sekolah samada ianya selari dengan sasaran yang telah dibuat.



Beliau menyeru supaya guru-guru Sekolah Kebangsaan Gunong sentiasa berkerjasama dalam merialisasikan impian dengan mengadakan perbincangan di setiap lapisan.

Beliau juga berharap agar guru-guru memberi perhatian kepada pelajar bermula dari bawah lagi supaya pencapaian akedemik sentiasa cermerlang.