Search This Blog

Sunday, May 23, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010





Pada 16hb MEI 2010,Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah .Tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa".

Banyak acara telah diadakan termasuklah persembahan daripada pelajar sekolah dan guru-guru. Antara persembahan yang dijalankan ialah nyanyian Dikir Barat dari Kumpulan Adik Gunung, Tarian Zapin daripada adik-adik Pra-Sekolah dan nyanyian daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Gunong. Sambutan hari guru pada tahun ini amatlah meriah.

GOTONG - ROYONG PERDANA



Pada 15hb Mei 2010, Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan program gotong-royong perdana. Semua warga sekolah telah melibatkan diri dalam program ini.



Gotong-royong Perdana ini dilakukan seawal jam 8.30 pg. Semua kawasan sekolah telah dibersihkan bersama. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kolam ikan, mengecat semula tiang-tiang koridor,membersihkan kelas, membersihkan kawasan sekolah dan menanam pokok bunga di dalam pasu.

>
Melalui program ini, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara warga sekolah dan pelajar.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010

Sekolah Kebangsaan Gunong telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada 6hb Mei 2010 sehingga 8hb Mei 2010.Perkhemahan ini diadakan di Sri pantai Melawi, Bachok.

Unit beruniform yang terlibat dalam perkhemahan ini ialah Pengakap,Tunas Puteri,Puteri Islam, Tunas Kedet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Para pelajar Sekolah Kebangsaan Gunong yang terlibat dengan perkhemahan ini diminta berkumpul pada jam 2.00 ptg untuk pendaftaran dan taklimat tentang perkhemahan. Jam 3.00 ptg peserta bertolak ke Sri Pantai.

Pada hari pertama perkhemahan, tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Antara program yang dijalankan ialah, Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan Solat Isyak berjemaah. Setelah selesai Solat Isyak berjemaah, para peserta perkhemahan diberi ujian Pancaindera. Jam 10.45 mlm, peserta dikehendaki berehat dan tidur.





Pada hari kedua, para peserta dikejutkan seawal jam 4.00 pg untuk mengikuti Qiamulail dan solat Subuh berjemaah.Program-program yang telah diadakan disebelah siang pada hari kedua ialah ceramah motivasi,pertandingan kra dan pertandingan kawad kaki.



Di sebelah malam pula, para peserta dikehendaki mngadakan persembahan kebudayaan di samping menikmati BBQ yang telah di sediakan oleh guru-guru. Jam 11.00 mlm, peserta dikehendaki berehat dan tidur.





Pada hari ketiga, peserta dikejutkan pada jam 5.00 pg untuk solat Subuh berjemaah. setelah selesai solat berjemaah, peserta dikehendaki mengikuti program riadah pagi dan beach tracking.




Setelah selesai, para peserta bersiap untuk mengikuti Majlis Perasmian Penutup daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunong. Jam 11.00 pg, para peserta perkhemahan bertolak pulang.